AKTIVITI BERSAMA...........
Ini adalah salah satu gambar dari aktiviti Lieza bersama Acad iaitu menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Bukan Acad saja yang menyertainya Lieza juga turut serta . Antara aktiviti yang akan kami lakukan bersama pula iaitu pada 3 Jun nanti kami akan bersama-sama mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh pihak sek juga......Emmm nampaknya banyak aktiviti yang kami lakukan bersama adalah anjuran dari pihak sek.Sekolah Tadika Kemas Cheng merupakan tempat dimana anak2 lieza bersekolah.Dari anak yang sulong hinggalah sekarang anak lieza yang bongsu juga bersekolah disitu....memang berbaloi bukan hanya kerana banyak aktiviti riadah yang memang padat tetapi juga pembelajaran yang diikuti juga sangat bagus dan begitu
memberangsangkan.
Sebelum ini anak lieza memang liat hendak ke sekolah almaklum sajalah kanak2 lebih gemar bermain dan memang liat nak bangun pagi.....
Berbalik kepada aktiviti bersama tadi 3 Jun nanti kami akan pergi melawat Aquaria di K.L,PetroSains dan sebuah kilang coklat yang juga terdapat di K.L.Menarik bukan mungkin warga K.L rasa lawatan ini bukan yang menarik lagi tapi bagi lieza yang tinggal di Melaka dan masih belum berpeluang pergi melawat tempat2 yang lieza nyatakan tadi memng lieza rasa ianya menarik lebih2 lagi anak2 .Bagi mereka semuanya adalah perkara baru dan tentunya mereka amat teruja sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan