Isnin, 24 Mei 2010








                   YOU ARE MY EVERYTHING......





MUHAMMAD SYAHID BIN MOHD NAZRI
Anak Lieza yang sulung......seorang yang pendiam tidak banyak bercakap juga anak yang manja kerana hampir 9 tahun baru dapat adik.Semasa kecil sangat rapat dengan Lieza kerana Lieza sentiasa memahami kehendaknya.Anak yang baik dan tidak banyak kerenah juga anak yang bijak sejak kecil lagi.Abang long boleh membaca seawal usia 3 tahun.Mungkin kerana abang long anak pertama dalam hidup Lieza membuatkan Lieza sangat teruja dan sentiasa memberikan banyak perhatian utknya.Abang long dilahirkan pada 17 september 1996.Sekarang  abang long berusia 14 tahun.Mama doakan abng long berjaya mencapai cita2 abang long.







JOM IKUT LIEZA......SIAPA PULA GERANGANNYA DIBAWAH INI.......
MUHAMMAD ARSYAD BIN MOHD NAZRI.
              Anak yang kedua dalam keluarga.Anak Lieza yang satu lagi ni seorang yang sangat banyak bercakap peramah gitu....dan tidak tahu duduk diam ada saja yang dilakukannya.Sangat suka menonton cerita kartun,suka melukis dan mewarna dan Lieza memang banyak meluangkan masa bersamanya kerana acad saja yang ada dirumah sebab papa kerja dan abang long pula diasrama.
                   Acad anak yang periang.Tahun depan Acad akan mula bersekolah di sekolah Kebangsaan.Acad dilahirkan pada 03 October 2010.Mama berharab Acad menjadi anak yang berjaya didalam apa saja bidang yang Acad ceburi mama sentiasa memberikan sokongan untuk anak mama .


 



ABANG LONG DAN RAKAN2 MUNSYI ABDULLAH......

No 2 dari kiri anak sulung lieza..                Lieza lebih suka memanggilnya abang long lebih manja gitu.Tinggal diasrama membuatkan abang long punya ramai kawan dan dalam masa yang sama abang long dapat menyesuaikan diri untuk lebih berdikari dan mungkin sekarang lebih banyak bercakap daripada selalunya.Hampir 2 tahun tinggal diasrama rasa2nya abang long cukup selesa bersama rakan2 tapi lieza pula terasa jauh dari abang long .Jauh dimata tapi tetap dihati mama ya......ingat tu.Tak lama lagi cuti sekolah abang long baliklah. Lieza planning untuk cuti sekolah nanti nak balik kampung di Simpang Empat Kangkung,Kedah.Abang long memang sukalah dapat jumpa atuk ,nenek dan pak cik2  disana.Pakcik2 maksudnya 3 adik lelaki Lieza disana.Lieza anak yang sulung dan Lieza sajalah perempuan tunggal didalam keluarga Lieza.







AKTIVITI BERSAMA...........

  Ini adalah salah satu gambar dari aktiviti Lieza bersama Acad iaitu menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Bukan Acad saja yang menyertainya Lieza juga turut serta . Antara aktiviti   yang akan kami lakukan bersama pula iaitu pada 3 Jun nanti kami akan bersama-sama mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh pihak sek juga......Emmm nampaknya banyak aktiviti yang kami lakukan bersama adalah anjuran dari pihak sek.Sekolah Tadika Kemas Cheng merupakan tempat dimana anak2 lieza bersekolah.Dari anak yang sulong hinggalah sekarang anak lieza yang bongsu juga bersekolah disitu....memang berbaloi bukan hanya kerana banyak aktiviti riadah yang memang padat tetapi juga pembelajaran yang diikuti juga sangat bagus dan begitu
memberangsangkan.
               Sebelum ini anak lieza memang liat hendak ke sekolah almaklum sajalah kanak2 lebih gemar bermain dan memang liat nak bangun pagi.....
Berbalik kepada aktiviti bersama tadi 3 Jun nanti kami akan pergi melawat Aquaria di K.L,PetroSains dan sebuah kilang coklat yang juga terdapat di K.L.Menarik bukan mungkin warga K.L rasa lawatan ini bukan yang menarik lagi tapi bagi lieza yang tinggal di Melaka dan masih belum berpeluang pergi melawat tempat2 yang lieza nyatakan tadi memng lieza rasa ianya menarik lebih2 lagi anak2 .Bagi mereka semuanya adalah perkara baru dan tentunya mereka amat teruja sekali.

MAMA RINDU DAN SAYANG KAMU BERDUA.....